Ini adalah sebahagian dari tanda² kecil kiamat..
hidup kita di dunia hanya sementara..
isilah mse dgn prkara² yg brfaedah diri,
msyrkat mhupon ngra..blabla~
jika kita seorang muslim marila sama² kita saling ingt-mengingati..
☺Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat.
“Baginda menyebutkan salah satu diantaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
☺Zina Terang-terangan Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,
yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti
keldai (di khalayak umum). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang” (Sahih Muslim)
☺Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digila
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik
(bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)
☺Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)
☺Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan
bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)
☺Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)
☺Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian
wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”
☺Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)
p/s~ semua ni sudah berada di depan mate kita..same ada kita endah x endah..tu je..
kadang-kadang aku pun bukan betol sangat..alim-alim kucing..tp aku sentiase cube berubah.
kadang-kadang aku pun bukan betol sangat..alim-alim kucing..tp aku sentiase cube berubah.
3 orang yAng rajiN...:
Kematian itu pasti..
Kiamat itu akan tiba..
persiapkan diri utk menghadapi kematian dan hari kiamat..
Gerun bila memikirkan kematian dan hari kiamat..=(
itulah yg sebaik²nye..:)
ini mengingatkn aq tentang crite ni...
hehehehe
Post a Comment