February 27, 2010

~ADA APA DENGANJUMAAT~

RENUNGKAN~
27.11.2009-HARI RAYA AIDILADHA
18.12.2009-HARI NATAL
01.01.2010-TAHUN BARU
26.02.2010-MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W
02.04.2010-MATINYA JESUS
28.05.2010-HARI WESAK
10.09.2010-HARI RAYA AIDILFITRI
27.08.2010-HARI NUZUL AL-QURAN

KESEMUA TARIKH JATUH PADA HARI JUMAAT...!

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari


Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;


'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri.

Pada hari itu telah terjadi lima perkara:


☺Penciptaan Adam


☺Pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga


☺Pada hari itu juga dia diwafatkan

☺pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram.



☺Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'


Kebetolan???waallahualam...



0 orang yAng rajiN...:

Related Posts with Thumbnails